Perantau yang mengunjung

nuffnang ads

Monday, 13 August 2012

Lelaki setia masih ramai


Assalamualaikum W.B.T

Apa pandangan anda mengenai  kesetiaan seorang lelaki?  Sebenarnya ramai la jugak aku tengok  beberapa  member aku yang suka mempermainkan perasaan wanita (tak semua) tapi ada jugak sesetengah member aku seorang yang setia kepada seorang wanita(tak semua).  


Ya, kalau zaman remaja ni ,lelaki tak setia tu memang normal kita dengar tapi yang setia ni memang jarang sangat.Tersangat jarang. Nak kata ada pengalaman sendiri  secara mendalam tu memang  takde la sangat, tapi aku pernah melihat seorang lelaki menangis kerana wanita bahkan ada jugak yang sanggup menunggu bertahun-tahun  biarpun telah dikecewakan wanita.

 Gambar dipetik dari Encik Google

Pandangan Encik Perantau?   
                            
Memang  tersangat kagum. Respect habis buat sahabat sahabat yang tidak mempermainkan hati wanita ini. Setia tu bagus, tapi yang menjadi masalah adalah mencurahkan kesetiaan kepada orang yang salah dengan cara yang salah. Bagaimana tu?       

Seandainya kita tegolong sebagai seorang lelaki yang setia jadi kita berhak mendapatkan wanita yag setia.Bukankah janji Allah itu pasti, bahawa lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik. Dan sebaiknya curahkan lah kesetiaan  itu melalui perkahwinan. 

Dan seandainya benar anda mencintai wanita tersebut dan sedang bercinta sekarang ini, buktikanlah kesetiaan  dengan menjaga perhubungan .Yang pasti maksud menjaga perhubungan itu bukanlah dengan berpegangan tangan,berpelukan dan berSMS cinta sepanjang masa. Sebab kita tersangat faham bagi mereka yang sedang bercinta, memutuskan hubungan amatlah sukar jadi sebaiknya menjaga perhubungan itu la yang terbaik sehingga ke perkahwinan.

Bagi lelaki yang masih menunggu wanita yang meninggalkan mereka, kita amatlah support dan kagum Cuma perlu diingatkan tak semua jalan cerita percintaan umpama filem filem yang disajikan mempunyai  penamat yang menarik. Ramai yang mengharapkan macam filem Hindustan dimana wanita yang dicintai akan kembali padanya saat beberapa saat sebelum perkahwinan berlansung. 100 tahun sekali mungkin terjadi. Kadang kadang kebenaran sangat pahit untuk ditelan.

Realitinya ,tak salah kita buka pintu hati kita untuk wanita lain sebab we deserve it. Ingat noktah bukanlah penamat kekal kerana boleh jadi perenggan baru itu lebih baik.Sebaik baikya,biarlah ia dimulakan dengan perkahwinan.

Itulah serba sedikit kupasan yang boleh aku sampaikan pandangan mengenai hal ini.Jadi untuk mendapatkan seseorang yang baik, cara tebaik adalah dengan menjadi orang yang baik kan? J So,bagaimana pula pandangan korang bloggers ? Komen la sikit hehe

p/s: Selalu dengar orang cakap cinta selepas kahwin tu terbaik.. tak teringin ke? hehe



14 comments:

  1. tepuk dada tanya la iman..setia kekdg ada hubungkait dgn iman kita..

    ReplyDelete
  2. Salam , pokok pangkal nye semua bergantung pada iman serta diri sendiri :)

    ReplyDelete
  3. Bercinta selepas kahwen? Interesting. Rasa nak kahwen pulak *tutup muka* hahahhahaha

    ReplyDelete
  4. hemmm, yes sangat sukar untuk mencari seseorang yang setia. tapi tu semua bergantung pada diri kita juga kan? Apa yang mampu kita buat just Pray to Allah je.

    ReplyDelete
  5. dah hidup 18 tahun dah tapi tak pernah agy bercinta-cinta ni hehe
    setujuu cinta selepas kahwin tu terbaik ^_^
    mestilah teringinnn sapa yang taknak =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus2..semoga bertemu jodoh dengan orang yang tepat

      Delete
  6. Kesetian tu teramatlah penting....then..kjujuran n kematangan...baru lah hbgn tu akn kekal selamanya..insyaAllah....do follow me k???

    ReplyDelete
  7. selalu nye ,bila laki setia .pompan plak yg curang ..dan sbalik nye ..payah kan nk cari erti kestiaan tu ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah akan jumpe.. bila dah jumpe hargailah sebaiknya ..:)

      Delete
  8. Replies
    1. post Universal ni.. tiada kaitan antara yang hidup atau mati :)

      Delete