Perantau yang mengunjung

nuffnang ads

Thursday 9 August 2012

Keluang Man dan Usop Sontorian

Assalamualaikum W.B.T

Bila bosan memang jadi kebiasaan aku tengok video video kat YouTube ni especially video Ustaz Azhar.Sedang asyik aku melayari YouTube melihat video video best, aku tengok la dekat link suggestion. Then ,cuba teka apa yang aku jumpa?

KELUANG MAN dan USOP SONTORIAN haha


Bagi korang yang berada di "zaman" yang sama dengan semestinya sangat familiar dengan animasi tempatan ni.Jadi rasanya ok jugak kalau aku kongsikan untuk menggamit nostalgia zaman kecik kecik dulu. hehe. Bagi pendapat aku, cerita Keluang Man ni agak bagus la.Jika korang amati dengan mendalam ,banyak mesej yang tersirat disebalik animasi ni. Mengambil pesakit mental sebagai hero utama, cerita ini menunjukkan ianya menggunakan kreativiti yang animasi inggeris pun tak pernah buat haha.Bagi Usop Sontorian pula banyak realiti kisah anak kampung dipaparkan dan bagi aku sebagai anak kampung ni,cerita ni memang dekat dengan aku hehe. Jika nak dibandingkan dengan kualiti animasi dengan kartun zaman sekarang ,memang la jauh berbeza tetapi jalan ceritanya tetap mengujakan.

Cubalah tengok cerita ni ye hehe

                                                    Keluang Man lawan Samurai Jepun




Usop sontorian (episode meriam buluh)

 


 Rasenya sekarang ni kedua dua animasi ni sudah takde ditayangkan.Macammane episode akhirnya aku pun tak tahu sampai sekarang masih menjadi misteri. Tapi dengar khbar ,Keluang Man akan diadaptasi ke Filem.Betul atau tidak?Kita tengok je la nanti.

Memang semua ni hiburan. Ye hiburan tetap hiburan tapi jangan alpa.Islam membenarkan hiburan tapi jangan berlebih lebihan sehingga lalai untuk beribadah.Ayuh kita renung renungkan.Selmat Beramal. :)


16 comments:

  1. betul2 suka keluang man!! hihihi suka crita dia yang dia sebenanya gila tuh! huhuhu

    ReplyDelete
  2. abang otai tanjung rambutan

    ReplyDelete
  3. HAHA. Aku hafal lagi laa lagu Kluang Man.
    "Diaaaaa , bagai seorang pahlawan"
    *dancing*

    ReplyDelete
  4. SYI SUKE GILer cite usop santorian..kluangman....dulu..xpernah miss tgok citer nie...and ader satu lagi citer..yg keluarge telor tu..x ingt la ape tajuk citer tu..btw..nice blog.....i follow u back..=)

    http://syisyimisi.blogspot.com/2012/08/jom-shopping-untuk-rayaharge-murah.html

    ReplyDelete
  5. Nostalgia time zaman sekolah rendah ni :(, terutama Keluang Man.

    ReplyDelete
  6. ha'ah la.. rindu nak tgk kartun2 ni... hmm, satu lagi kartun feveret.. kartun anak2 sidek pun best gak.. lama dah tak tgk.. kartun kg boy pun sama. semua best.

    ReplyDelete
  7. rindu seyh katun2 nih,budak2 skunk mane kenal ni sume...i also missed cite anak-anak sidek..do you??

    ReplyDelete
  8. hehe ;) dulu kan, hana selalu tgk citer nie petang2. nak2 kluang man . haha ;)

    ReplyDelete
  9. Anak OKje pun suka tengok kartun ni... he..he...

    ReplyDelete
  10. Cantek . . .Rindu sangat kartun ni . (Malu2) .Best gile!Usop Santorian best !
    Kluang Man lagi best !

    ReplyDelete
  11. Tapi keluang man setakat saya jumpa, berakhir setakat episod 16, padahal series nya 144 episod.

    ReplyDelete