Perantau yang mengunjung

nuffnang ads

Wednesday, 1 August 2012

Kisah Budu Di Matrik Selangor

Assalamualaikum W.B.T

Untuk entri pertama bulan ogos ni, ingin aku kongsikan kisah sebagaimana tajuk yang tertulis. Kehidupan di matrik yang bewarna warni dengan para sahabat yang berlatarkan asal usul berbeza menjadikan ianya menarik untuk dikongsi bila pertembungan budaya berlaku.


Ni merupakan bekalan kami satu roomate untuk satu sem. Kebetulan roomate kiteowang semua adalah kelantanese,seorang bawak 1 dozen hehe.Bila tengok gambar ni, aku teringat kisah yang agak menarik disebaliknya. Sudah menjadi kebiasaan untuk kami berkongsi budu ni dengan member member dan yang mengujakan member member dari negeri lain turut menggemari budu ni.

Aku masih ingat salah sorang member aku Faiz(kiteorang panggil Faiz KL sebab beliau duduk KL) yang mana satu hari si Faiz KL datang la bilik aku dengan berwajah bersungguh sungguh. "woi, aku nak try budu sikit boleh" tanya beliau pada kami satu bilik. "Ambik je la terus 1 botol" aku membalas. Bersemangat sungguh beliau nak try budu tersebut.

Beberapa hari kemudian, aku tanya la si Faiz ni "camne budu tu,sedap tak?" Dengan berwajah serius beliau berkata "tak sedap la". Aik pelik la jugak kiteowang 1 bilik, biasanya yang try ramai kata sedap. Entah mungkin citarasa orang berbeza kut. Member aku menyampuk "kau makan dengan nasik ape?". Dengan selambanya beliau menjawab "aku cicah dengan ROTI"




Hah? Kami tercengang dan terdiam sebentar sebelum menghujani dengan gelak ketawa.

Selepas hari tersebut, barulah beliau makan budu dengan nasi :)
Sekian saje entri hari ni, Matrik Selangor sentiasa dipenuhi Kenangan Manis :)

Extra info:rringkasan kelebihan budu:
  1.  PENCEGAH KANSER
  2.  MERANGSANG SEL OTAK
  3.  MERAWAT KEMBUNG PERUT
  4. KEPELBAGAIAN KANDUNGAN VITAMIN

26 comments:

  1. hahahahah cicah dengan rotiii hihihihi

    ReplyDelete
  2. dlu mse bru2 msok u, ade orientasi..
    ade 1 aktiviti tu ktorg kne tutup mte.
    then kne mkn something ats meja time tu..
    alaaa, bile pegang, roti je pn.
    tapi lepas da mkn tu, wauuuu!!!
    da lps bukak kain yg tutup mata tu, bru ktorg tau yang ktorg mkn tu roti yg dlmnye ade budu.. OMG

    ReplyDelete
  3. pernah buat mse minggu aktiviti kat sekolah dulu.
    huhuhuhu. tak leh blah muka sorg2 mse tu ;P

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum...

    selamat berpuasa.. :)

    menjenguk blog kamu ^^

    #tak pena makan budu lagi :( ... hehe.. sy org sabah :)

    ReplyDelete
  5. Mat Je, matrik aku ada sorang budok KL dia ikut budok klate mkn budu.. Ngelas2 dia cicoh ngn biskut. LOL

    ReplyDelete
  6. even aku belajar dekat u yang mostly budak kelantan . aku tak kan sama sekali makan budu . nasi kerabu pun aku tak makan sebab ada budu . budu dan cencalok benda aku tak kan makan .

    ReplyDelete
  7. Rasa ape? haha tak pernah try. dulu classmate bob, meghe ngn cerah tak pernah pulak offer kami budu :D

    ReplyDelete
  8. first time dgr org mkn budu ngan roti..hehe..Saya yg dah pro makan budu pun tak prnah buat macam tu..huhu

    ReplyDelete
  9. Itulah seronoknyaa Matrik. Banyak kenangan terindah :D

    ReplyDelete
  10. untung lah lelaki ramai kelantanese. kt kms tak rmai kelantanese so tak jumpa perempuan bawak budu2 ni. hahaa

    ReplyDelete
  11. hehe..lawak la pulak.. budu mmg bagus .. saya pernah dtg ke kms.. untuk kakom :)

    ReplyDelete
  12. hhahaha....dia ingt sos cecah kot...
    sy prnh mkn skali jer...trs xnk da sbb tumbuh jerwt hehehe

    ReplyDelete
  13. x pernah lagi buat.. hahah

    ReplyDelete
  14. I suka budu walaupun I orang Cina.

    Dulu kat UTM, classmate bilik sebelah pernah tertumpah budu kat dalam almari pakaiannya. Maka harumlah almarinya untuk satu jangkamasa yang amat lama... :-D

    ReplyDelete
  15. rindu gile seyy zaman matrik..haha

    ReplyDelete